|
"ustaz,
saya ada terima hadiah aiskrim dari seorang rakan, tapi sebab saya baru sampai
UK, saya hanya bergantung kepada dia, boleh tak ustaz?" soal seorang pelajar di
United Kingdom
"Ye
la, tak kanlah dia nak bagi saya aiskrim ada babi pulak kan" tambahnya lagi
sebelum sempat saya memberikan buah fikiran.
"Jika
demikian, enta boleh makan aiskrim itu" jawab saya ringkas.
"Tak
perlu baca ingredients ke ustaz?"
Memang
benar, bukan sesekali malah dalam banyak keadaan, kita tidak mampu untuk
sentiasa meneliti dan menyemak segala-galanya, khususnya di dalam hal makanan.
Ketika kita memesan makanan di
sebuah restoran milik orang Islam, adakah kita pasti ayam, daging lembu yang digunakan
untuk menyiapkan hidangan adalah halal?.
Adakah kita dituntut untuk menyelidiki dan bertanya setiap masa,
setiap kali? Bagaimana pula jika semasa memilih makanan di bazaar Ramadhan.
Adakah semuanya halal ? atau adakah mencukup hanya bergantung kepada bangsa
atau agama penjual? Jika Islam, adakah secara automatik makanannya juga halal ?
Bagaimana pula jika penjual itu berbangsa Melayu, adakah secara automatik dia juga
Islam dan makanannya halal ? Begitukah
sifirnya?
|